Anthony See Lum Lok No Comments

Aditif makanan adalah bahan yang selamat untuk dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dengan kuantiti yang sedikit Aditif makanan tidak termasuk vitamin dan mineral, tujuan utama aditif makanan ditambah adalah untuk seperti yang berikut:

  • Memanjangkan jangka tempoh penyimpanan makanan
  • Meningkatkan kualiti makanan dan juga persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi)
  • Menambahkan keenakan atau perisa makanan
  • Memberi kesenangan dalam penyediaan makanan kepada para pengguna

Jangan kelirukan aditif makanan dengan bahan pencemaran (kontaminan). Bahan pencemaran adalah bahan yang ditambah secara tidak sengaja ke dalam makanan seperti logam berat, residu racun perosak atau ubat-ubatan dan sebagainya.

Oleh kerana sesetengah orang masih percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu, membalah bahawa ia seharus diharamkan penggunaannya. Walau bagaimana pun, dalam konteks sains makanan, perkataan ‘bahan kimia’ tidak mempunyai maksud kerana udara, air, gula dan garam juga dikategori sebagai bahan kimia seperti aditif makanan.

Jesteru itu, perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah teknik dan cara aditif makanan ini diproseskan. Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet yang seimbang. Kebanyakan aditif makanan yang digunakan di pasaran boleh didapati secara semula jadi. Contohnya:

  • Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada tumbuhan.
  • Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur.
  • Aditif semula jadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin C sebagai antipengoksidaan, agar daripada rumpair laut sebagai penstabil.

Penggunaan aditif makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu. Aditif makanan ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara untuk membantu mengawet, menyedap, mencampur, memekat atau mewarnakan makanan. Kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan serta rempah ratus untuk menyedapkan makanan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Rempah ratus dari negara kita memang terkenal di mata dunia sehingga mampu menarik pedagang dari merata dunia ke Malaysia untuk mendapatkan rempah ratus hasilan negara kita sejak zaman Parameswara. Sementara itu, kita juga menggunakan kuning telur bagi tujuan mengadunkan air dan minyak sejak turun temurun. Cuka dan gula juga digunakan sebagai aditif makanan bagi mengawet buah-buahan dan juga merupakan teknik menjeruk yang tradisional.

Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, jenis-jenis aditif makanan yang dibenarkan adalah:

  • Bahan pengawet
  • Bahan pewarna
  • Bahan perisa
  • Penambah perisa
  • Antipengoksida Kondisioner makanan

Juga damalam Akata yang sama, ini adalah jenis-jenis kondisioner makanan yang dibenarkan:

  1. Pengemulsi dan agen antibuih
  2. Penstabil, pemekat, kanji ubahsuai dan agen pengelan
  3. Pengawal asid
  4. Enzim Pelarut
  5. Agen antipengerakan
  6. Asid fosforik, magnesium karbonat, gum xanthan, lecithin

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Ini kerana penggunaan aditif digunakan secara meluas dalam makanan kawalan ketat terhadap penggunaan adalah aditif amatlah penting untuk memastikan kesihatan masyarakat & rakyat, dan juga memastikan tiada penyalahgunaan dan amalan perniagaan yang jujur di kalangan ahli perniagaan makanan. Penggunaan aditif makanan dapat dikawal dengan membenarkan aditif makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kementerian Kesihatan hanya meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan aditif makanan tidak disalah-gunakan, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menjalankan program pemantauan yang berterusan dan memastikan penggunaan aditif makanan mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Bagi para pengguna untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai aditif makanan yang ditambah, anda hanaya perlu membaca label informasi yang disedia bersama. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan “mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan” dan diikuti dengan jenis aditif yang ditambahkan di senarai ramuan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)”.

Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan pada label terutamanya makan-makanan yang diimport atau dieksport. Contoh kenyataan yang disebutkan: “mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan”. Informasi seperti ini memang amat penting dan diperlukan kerana walaupun aditif makanan yang digunakan dapat disah bersih dan selamat, masih segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah aditif makanan. Oleh demikian dengan penyataan aditif yang ditambah pada label, pengguna yang alah terhadapnya dapat mengelakkan dari memakan makanan yang mengandungi aditif tersebut.

Antara aditif yang biasa dikaitkan dengan kesan sampingan dan alahan kepada pengguna adalah sulfur dioksida atau sulfit atau sulfur dioksida yang merupakan bahan pengawet yang biasa ditambah pada jeruk dan buah-buahan kering. Sulfur dioksida atau sulfit boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk bagi sesetengah pengguna yang alah dengannya. Oleh itu penyataan “mengandungi sulfur dioksida” diwajibkan sekiranya sulfit atau sulfur dioksida ditambah melebihi 10mg/kg dalam makanan. Aditif lain yang sering dikaitkan dengan kesan alahan adalah penambah perisa Monosodium Glutamate (MSG). Kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan MSG digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini kerana MSG sering digunakan dalam masakan dan hidangan di kalangan masyarakat Cina. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di tengkuk dan belakang badan serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walau bagaimanapun, kajian saintifik gagal membuktikan kesemua kesan sindrom tersebut disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kesan sampingan buruk hanya dialami oleh pengguna yang alah terhadap MSG. Namun begitu, pernyataan “mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) sebagai penambah perisa yang dibenarkan” wajib dinyatakan pada label makanan.

Kepada para pengguna yang alah kepada sesetengah jenis aditif makanan, sini anda dinasihatkan untuk selalu membaca label makanan sebelum membeli makanan serta membaca senarai ramuan pada label makanan dan mengenal pasti aditif yang perlu dihindari unutk menggelakkan kesan sampingan atau alahan.

 

 

* Artikel ini dibawakan khas oleh CLOK Marketing – Anak Syarikat MOJO Communications Sdn Bhd

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *